Rabu, 2 Februari 2011

Potensi Industri Makanan Malaysia 2011

Ekonomi Malaysia dijangka akan mengalami pertumbuhan yang sederhana tetapi mantap pada tahun 2011. Ramalan pertumbuhan GDP pada tahun ini di jangka di dalam linkungan 5.0 - 6.0 peratus. Ini dij angka akan memberi kesan positif terhadap tahap keyakinan pengguna dan seterusnya memberi kesan yang positif  terhadap sektor makanan dan minuman negara.

Penggunaan makanan per kapita di jangka akan berkembang dari RM 1,511 pada tahun 2008 kepada RM 1,561 pada tahun ini. Manakala nilai penggunaan makanan pula di jangka berkembang dari RM40.8 bilion pada tahun 2008 kepada jangkaan RM 44.27 bilion pada tahun 2011. Walau bagaimanapun Malaysia masih lagi negara pengimport bersih bahan makanan kerana kebanyakkan bahan mentah makanan tidak dapat dikeluarkan di Malaysia saperti bahan tenusu, bekalan daging, komoditi kopi dll. Isu kenailkan harga komoditi dan minyak juga akan memberi kesan yang ketara kepada industri makanan negara. Dengan margin yang semakin sempit, mahu tidak mahu, usahawan PKS terpaksa bergelut dengan kos pengeluaran yang semakin meningkat. Samada kos pengeluaran yang meningkat dapat diterjemahkan kepada harga pengguna menjadi satu persoalan yang amat memeningkan uasahawan IKS. Ini adalah kerana penguna di Malaysia amat sensitif terhadap harga.

Di sini saya sampaikan analisis SWOT  industri makanan negara semoga ia boleh dijadikan panduan untuk usahawan IKS yang terlibat di dalam sektor yang mencabar ini.

                                                                                                             
ANALISIS SWOT INDUSTRI MAKANAN NEGARA

Kekuatan

  • Sektor pemprosesan makanan negara alalah besar dan pelbagai. Ini dibantu dengan sektor pertanian dan perladangan yang baik.
  • Pengguna generasi muda mulai menunjuk minat terhadap jenama dan bersedia untuk menerima produk tempatan dan antarabangsa yang baru.
  • Paras penggunaan makanan per kapita negara adalah tinggi berbanding dengan negara Asia Tenggara yang lain.
Kelemahan 


  • Pengguna Malaysia kekal sensitif terhadap harga tidak kira apa jua jenama yang diminati. Oleh itu pelaburan terhadap inovasi mestilah diukur dengan paras harga yang boleh diterima oleh pengguna.
  • Keutamaan atau kecenderungan pengguna terhadap makanan segar juga menghadkan peluang pasaran produk proses dan sejuk beku di negara ini. Walau bagaimana pun di samping harga, cita rasa produk proses dan sejuk beku memainkan peranan yang amat penting untuk mempengaruhi minat belian pengguna terhadap produk ini.
Peluang

  • Kerajaan secara aktifnya sering menggalakan pelaburan di dalam bidang industri asas tani. Ini terbukti  apabila kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif kepada usahawan yang menceburi bidang ini.
  • Inovasi makanan kekal sebagai platform pertumbuhan sesuatu perusahaan. Inovasi makanan mencipta dan memberi  peluang kepada sesuatu  perusahaan untuk sentiasa kekal relevan untuk bertahan  di suasana persaingan perniagaan yang sengit.
  • Malaysia sebagai status  negara pengeluar produk halal dengan logo halal  JAKIM yang mendapat pengiktirafan dunia  dapat memberikan kelebihan perbezaan produk (product diffrentiation) kepada PKS untuk menerokai pasaran antarabangsa.
Ancaman

  • Harga komoditi yang meningkat akan tinggi akan mengurangkan margin keuntungan kerana amat sukar untuk melepasi bebanan kenaikan harga komoditi kepada pengguna akhir yang begitu sensitif terhadap sebarang kenaikkan harga pengguna.
  • Perusahaan yang amat bergantung kepada bahan mentah import akan mudah terjejas terhadap sebarang kenaikkkan harga ini. Seboleh-bolehnya mereka perlu menyediakan prasana yang mencukupi untuk membeli dan menyimpan stok bahan mentah ketika ia masih murah. 
Saya harap pembaca dapat manfaat dari artikel ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan