Sabtu, 29 Januari 2011

Strategi "Merchandising" di masa kesusahan (3)

4. Sediakan pelaburan keatas jenama anda untuk memenangi pelanggan. Ini membolehkan jenama anda dapat bekomunikasi dengan lebih efektif dengan pelanggan berbanding jenama saingan yang lain.

5. Pastikan kakitangan anda sentiasa bermotivasi dan produktiviti tinggi. Pastikan semua kakitangan terlibat sama di dalam perancangan anda supaya mereka mempunyai 'sense of ownership'.

6. Keunggulan sesuatu Jenama memerlukan strategi yang jelas untuk mengekalkan kejayaan supaya ia sentiasa didalam ingatan pelanggan.

Jumaat, 28 Januari 2011

Strategi "merchandising" di masa kesusahan (2)

1. Lakukan segala upaya anda untuk mengekalkan pelanggan anda dengan memberi mereka tambah nilai dan 'higher emotional connection'.

2. Kekalkan janji jenama anda dan jika boleh beri lebih dari apa yang anda janjikan kerana dimasa susah pengguna akan mudah pinggirkan produk anda sekiranya jenama anda tidak saperti yang di harapkan oleh pelanggan.

3. Jika anda gagal kekalkan atau dapatkan pelanggan di masa suasana ekonomi yang susah, ini bermakna anda perlu lihat kembali kedudukan posisi .jenama anda dan anda perlu faham kenapa ianya terjadi. Kemudian ambil langkah-langkah yang bersesuaian supaya jenama anda kembali relevan kepada pengguna.


Ok kita sambung lagi .......

Khamis, 27 Januari 2011

Strategi 'Merchandising' di Masa Kesusahan (1)

Saya terbaca satu artikel yang diterbitkan oleh satu syarikat juru perunding peruncitan yang berpengkalan di Singapura. Tajuk artikel nya ialah "  Merchandising Strategies In Difficult Time" yang saya rasa amat relevan kepada usahawan PKS. Saya tak pandai nak terjemah dengan baik. Oleh itu saya buat ringkasan dalam English dan saya yakin usahawan PKS boleh memahaminya....

Hubungkait Jenama dan Peruncit
  • Peruncit adalah penghubungkait (connectivity) jenama, produk anda kepada pengguna. Tanpa peruncit, jenama dan produk anda sukar sampai kepada pengguna.
  • Untuk memahami prestasi jualan jenama dan produk anda, anda mestilah juga perlu memahami cabaran yang dihadapi oleh peruncit di suasana ekonomi masa kini.
  • Dari kaca mata  peruncit, adalah amat penting  supaya campuran produk (product mixes) dan kepelbagaian produk sentiasa mengalami penambahabaikan supaya ianya nampak relevan kepada pengunjug atau pengguna yang datang membeli belah dipremis peruncitan mereka.

Ok kita sambung strategi 'mechandising' ini pada terbitan yang akan datang,

Rabu, 26 Januari 2011

SME Corp kurangkan geran PKS

Menurut akhbar Utusan Malaysia yang diterbitkan pada 25hb Januari 2010, peruntukan geran kepada PKS akan dikurangkan kepada 20 peratus menjelang 2020 dengan baki pembiayaan sebanyak 80 peratus lagi adalah melalui pinjaman bank. Bagaimana pun cadangan kombinasi pembiayaan itu masih lagi belum muktamad. Walaupun begitu sumbangan PKS tempatan keatas Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka meningkat  dari 31 peratus kepada 35 peratus pada tahun 2050. Pada masa ini sumbangan PKS di negara-negara maju saperti di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun adalah di dalam linkungan 40 peratus.

Kita berharap pembiayaan  kepada usahawan-usahawan PKS yang berdaya maju dapat dipermudahkan dan dipercepatkan lagi kerana faktor 'timing' pembiayaan diterima amat penting kerana ia berkaitan dengan kos dan  produktiviti. Bergantung kepada jenis pembiayaan, lebih cepat pembiayaan diterima, maka lebih cepat usahawan dapat menaiktarafkan perusahaan mereka yang secara langsung dapat meningkatkan kecekapan produktiviti dan seterusnya dapat mengurangkan kos operasi. Hasilnya usahawan dapat menawarkan produk dengan harga yang berdaya saing.

Selasa, 25 Januari 2011

PENGENALAN

Blog ini direka khusus kepada usahawan-usahawan PKS atau bakal-bakal usahawan PKS  untuk  bertukar pendapat, pandangan atau mendapatkan idea dengan harapan dapat memajukan lagi perusahaan yang diceburi oleh masing-masing. Di dalam dunia yang serba canggih ini, perolehan maklumat yang tepat, cepat dan yang boleh dipercayaai merupakan satu keutamaan. Ia juga di antara faktor penentu kejayaan sesuatu industri yang diceburi kerana kita boleh bertindak dengan lebih bijak dan cekap berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi. Saya sebagai peneraju blog ini akan cuba sedaya upaya untuk membekal maklumat yang berfaedah kepada usahawan-usahawan. Walau bagaimanapun segala maklumat yang disampaikan di dalam blog ini adalah sebagai panduan sahaja, dan saya tidak akan bertanggungjawab keatas kesan atau akibat penggunaan maklumat yang diperolehi dari blog ini keatas prestasi syarikat usahawan-usahawan. Saya juga berharap usahawan-usahawan juga dapat berkongsi maklumat dan pengalaman masing-masing supaya bakal-bakal usahawan PKS yang lain dapat mencontohi kejayaan senior-senior mereka.

                                                                                                                             Pauzi Yaman
                                                                                                                             FAMA