Ahad, 6 Mac 2011

Statistik Eksport Kopi Januari 2011

Eksport kopi dunia pada bulan Januari 2011 adalah  8,770,000 beg berbanding dengan 7,560,000  beg pada Januari 2010. Eksport kopi dalam 4 bulan pertama tahun 2010/11 (Oct/10 untuk Jan/11) meningkat 13.4% menjadi 33.700.000 beg  berbandingkan dengan 29.7 juta beg pada tempoh yang sama tahun lalu.. Dalam dua belas bulan yang berakhir Januari 2011, eksport Arabika mencapai 66 juta beg berbanding dengan 60.4 juta beg tahun sebelumnya, manakala eksport Robusta  sebanyak 31.9 juta beg berbanding 35.5 juta beg.

 

Selasa, 15 Februari 2011

Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Memasarkan Produk Anda Di Pasaraya Utama Di Malaysia.(1)

Ramai usahawan PKS berpendapat, apabila produk mereka diterima masuk oleh pasaraya-pasaraya utama di Malaysia mereka sudah cukup selesa, tidak perlu bersusah payah lagi mencari pasaran. Tunggu pesanan dari pasaraya berkenaan, hantar dan tunggu cek. Nampaknya memang mudah tetapi realitinya banyak rintangan yang perlu diatasi. Saya senaraikan beberapa perkara yang perlu usahawan tahu iaitu:-
  1. Penyenaraian
  2. Keperluan margin yang mencukupi
  3. Merchandising & hubungan dengan pembeli
  4. Promosi 'Instore '
  5. Tempoh kredit
  6. Dasar Pemulangan & rebet dll.

Kesemua perkara yang saya senaraikan di atas adalah relevan kepada semua pasaraya-pasaraya utama di Malaysia. Yang membezakan di antara satu sama lain ialah perinciannya sahaja. Saya akan terangkan secara terperinci lagi di dalam artikel yang akan datang....

Sabtu, 12 Februari 2011

Potensi Industri Minuman Negara 2011

Industri Minuman Negara berkembang dengan pesatsejak beberapa tahun kebelangkangan ini. Ia juga diramalkan berkembang di masa akan datang. Setiap sektor dari air mineral, air berkabonat, jus, RTD kopi dan teh, minuman tenaga dan minuman ringan akan mengalami bertumbuhan yang menggalakkan. Walaubagaimana pun usahawan PKS perlu peka dengan perubahan kepada citarasa pengguna, di samping mengawal kos pengeluaran. Ini kerana di dalam dunia persaingan yang sengit ini permintaan di peringkat penguna amat sensitif kepada harga yang ditawarkan.

Di sini saya sampaikan analisis SWOT industri minuman negara, mudah-mudahan ia dapat memberi manafaat kepada usahawan-usahawan PKS.

Kekuatan
  • Sektor minuman ringan negara amat dinamik dengan pertumbuhan di pacu oleh persaingan yang sengit dan juga peningkatan perlaburan  pemasaran oleh syarikat-syarikat multinasional.
  • Pengguna-penguna muda mula menunjuk minat kepada penjenamaan.

Kelemahan
  • Pennguna Malaysia kekal sensitif terhadap harga tidak kira apa jua jenama ynag diminati. Oleh itu pelaburan terhadap inovasi produk baru mestilah diambil kira atau di ukur dengan paras harga yang boleh diterima oleh pengguna.

Peluang
  • Inovasi produk beverej kekal sebagai platform pertumbuhan dan memberi peluang kepada pengusaha kekal relevan di masa hadapan.
  • Industri pelancungan Malaysia yang pesat juga akan membantu melonjakkan produk minuman keluaran PKS dengan syarat produk-produk ini memenuhi piawaian antarabangsa.
  • Faktor musim perayaan saperti Hari raya Puasa, tahun Baru Cina, berperanan penting di dalam peningkatkan  permintaan terutamanya minuman ringan. Oleh itu usahawa IKS perlu membuat persiapan awal dan mengambil peluang peningkatan permintaan di musim perayaan ini.
  • Terdapat juga peluang yang besar di sektor minuman panas dan juga minuman kesihatan yang boleh direbut oleh usahawan-usahawan PKS.
Ancaman
  • Harga komoditi yang meningkat akan tinggi akan mengurangkan margin keuntungan kerana amat sukar untuk melepasi bebanan kenaikan harga komoditi kepada pengguna akhir yang begitu sensitif terhadap sebarang kenaikkan harga pengguna.
  • Perusahaan yang amat bergantung kepada bahan mentah import akan mudah terjejas terhadap sebarang kenaikkkan harga ini. Seboleh-bolehnya usahawan IKS perlu menyediakan prasana yang mencukupi untuk membeli dan menyimpan stok bahan mentah ketika ia masih murah. 

Saya harap usahawan IKS dapat menafaat artikel ini

Isnin, 7 Februari 2011

Teh dan Kesihatan

Para saintis bersetuju bahawa teh, samada  hitam atau hijau, dapat memberikan sumbangan positif bagi gaya hidup sihat.

"Buah-buahan, sayur-sayuran, dan teh semuanya mengandungi antioksidan penting.  Penyelidikan menunjukkan fitonutrien ini boleh menyumbang secara substansial untuk promosi kesihatan dan pencegahan penyakit kronik .. Sebagai contoh, kajian- kajian terbaru mendapati antioksidan dalam teh dapat melambatkan pertumbuhan sel kanser dan menyokong kesihatan kardiovaskular, "ujar Jeffrey Blumberg, Ph.D., FACN, Ketua Antioksidan Research Laboratory di Jean Mayer USDA Human Nutrition Research Center on Aging di Tufts University.

Jumaat, 4 Februari 2011

Eksport Kopi Dunia 2010

Eksport kopi dunia sebanyak 9.55 juta beg pada bulan Disember 2010, berbanding dengan 7.91 juta beg pada bulan Disember 2009. Eksport pada suku pertama tahun 2010/11 kopi (Oktober-Disember 2010) telah meningkat sebanyak 15.9% menjadi 25.71 juta beg berbanding 22.19 juta beg pada tempoh yang sama tahun lalu. Dalam tahun 2010, eksport kopi Arabica mencapai 65.12 juta beg berbanding 60.52 juta beg tahun lalu, manakala eksport kopi  Robusta berkurangan  menjadi 32.39 juta beg berbanding 35.65 juta beg pada tahun 2009.