Rabu, 26 Januari 2011

SME Corp kurangkan geran PKS

Menurut akhbar Utusan Malaysia yang diterbitkan pada 25hb Januari 2010, peruntukan geran kepada PKS akan dikurangkan kepada 20 peratus menjelang 2020 dengan baki pembiayaan sebanyak 80 peratus lagi adalah melalui pinjaman bank. Bagaimana pun cadangan kombinasi pembiayaan itu masih lagi belum muktamad. Walaupun begitu sumbangan PKS tempatan keatas Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka meningkat  dari 31 peratus kepada 35 peratus pada tahun 2050. Pada masa ini sumbangan PKS di negara-negara maju saperti di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun adalah di dalam linkungan 40 peratus.

Kita berharap pembiayaan  kepada usahawan-usahawan PKS yang berdaya maju dapat dipermudahkan dan dipercepatkan lagi kerana faktor 'timing' pembiayaan diterima amat penting kerana ia berkaitan dengan kos dan  produktiviti. Bergantung kepada jenis pembiayaan, lebih cepat pembiayaan diterima, maka lebih cepat usahawan dapat menaiktarafkan perusahaan mereka yang secara langsung dapat meningkatkan kecekapan produktiviti dan seterusnya dapat mengurangkan kos operasi. Hasilnya usahawan dapat menawarkan produk dengan harga yang berdaya saing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan